Dihasilkan dengan campuran bahan organik dan baja kimia dengan formulasi kandungan nutrien yang seimbang:- N: 6%, P2O5: 6%, K2O: 11%, MgO: 1%, dan unsur surih ‘trace element’ dimana:
- 45% bahan organik kilang sawit iaitu kek dekanter
- 55% bahan kimia yang digunakan adalah bahan yang bermutu serta berkualiti tinggi (33% MAP) dimana kadar larutan adalah tinggi akan memberikan tindak balas yang cepat pada pokok.
Keistimewaan:
Baja ini dikeluarkan dalam bentuk pellet yang diadun membuatkan baja ini mesra alam dimana:
- Membekal nurien yang seimbang dan berterusan
- Menggalak kehadiran mikro organism di dalam tanah,
- Membaiki pulih kualiti dan kesuburan tanah dengan mengurangkan kemasaman tanah dan meningkatkan pH tahah
- Mesra alam dengan pelepasan nutrien lebih efisien dari tanah
- Mengurangkan kehilangan nutrient walaupun musim hujan.
- Meningkatan pertukaran dan pelepasan cation tanah ‘CEC’, justeru pengambilan nutrien oleh tanaman yang lebih efektif
- Pertumbuhan pokok sawit yang sihat dan dapat mengeluarkan hasil yang tinggi.
Penggunaan:
- Sesuai digunakan untuk tanaman muda seperti kelapa sawit, kelapa, getah, dan pokok buah buahan.
- Boleh digunakan sebagai tapak baja/basal digaul dalam tanah sebelum menanam